top of page

PM gesa belia contohi semangat Tun Dr Ismail

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 3, 2023
  • 2 min read


Masyarakat terbanyak di negara ini digesa mencontohi semangat dan sikap keperibadian negarawan, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam menyelamatkan negara.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat tokoh tersebut perlu disemai dalam diri anak-anak muda demi menyelamatkan negara dan bangsa daripada perkara-perkara yang salah.


"Aspek lain yang harus kita pelajari ialah soal integriti dalam politik, bagaimana mampu kita lahirkan di generasi sekarang ini orang yang tumpuannya itu semata-mata untuk menyelamatkan negara serta bangsa.


"Bagaimana kita lahirkan generasi termasuk anak-anak muda yang terpahat dengan prinsip sama iaitu sama-sama membangun, menolak kebejatan sosial, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa," kata PM dipetik sambil menegaskan tidak ada mana-mana pihak boleh menyangkal bahawa Tun Dr Ismail seorang nasionalis tulen yang juga seorang pejuang kebangsaan

Tun Dr Ismail merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada PM kedua iaitu Tun Abdul Razak.


Sepanjang menjadi pemimpin, beliau mempunyai pendirian tegas, menolak sebarang bentuk rasuah dan tidak menyalahgunakan kuasa.


Pada 2 Ogos 1973, Tun Dr Ismail meninggal dunia kerana serangan jantung dan jenazahnya telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

"Mengenang jasa tokoh silam bukan berbicarakan ‘debu-debunya’, bukan untuk nostalgia tapi menghidupkan idealisme, mesej dan suara keramat mereka bagaimana mahu meletakkan asas sertta menyelamatkan negara dan bangsa.


"Bagi saya di antara hal yang sangat relevan dalam bicarakan kita di bulan kebangsaan sebelum menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ialah menghidupkan suara keramat, idealisme dan prinsip yang tegas dibawa oleh pemimpin-pemimpin ulung kita.


"Termasuk semangat perpaduan hidup, cara damai sebagai satu keluarga besar negara," kata Anwar semasa berucap di Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr. Ismail sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka.


Majlis dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan Ismail dalam membangunkan negara ini.


Dalam perkembang berkaitan, Kerajaan bersetuju mewujudkan Kursi Tun Dr Ismail Abdul Rahman di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Ia sebagai menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Allahyarham yang bertunjangkan perpaduan dan integrasi kaum.


"Pengiktirafan itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda dan penerus untuk menyemangati sumbangan pahlawan bangsa dan negarawan ulung Ismail khususnya dalam aspek perpaduan dan penyatuan kaum.


"Semoga lebih banyak penyelidikan dapat diwacanakan dalam pelbagai bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan dengan adanya kursi ini," katanya Anwar dalam kenyataan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page