top of page

PM galakan pertanian, mengapa pengusiran petani tidak dihentikan?



Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meningkatkan keluasan penggunaan tanah untuk aktiviti pertanian di seluruh negara disambut baik pelbagai pihak.


Namun menurut Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang, hasrat itu haruslah didahulukan dengan menghentikan sebarang pengusiran paksa ke atas para petani yang telah mengusahakan tanah sejak sekian lama.


Kata Lih Kang, banyak kes pengusiran ke atas para petani berlaku. Malah baru baru ini terjadi di Hulu Kinta, Perak di mana petani yang telah mengusahakan tanah puluhan tahun dihalau kerana tanah telah menjadi milik pemaju perumahan.


"Menurut Perdana Menteri kerajaan akan memajak tanah kepada usahawan tani selama 30 tahun, atau lanjutkan lesen pendudukan sementara (TOL). Kerajaan menganggap langkah tersebut akan memperkasa sekuriti bekalan makanan negara.


"Bagaimanapun, jika kerajaan ikhlas mencari jalan penyelesaian kerajaan hanya perlu hentikan segala pengusiran paksa ke atas petani yang sedang mengusahakan tanah dengan serta-merta.


"Arahan untuk memberhentikan pengusiran ini wajib dilaksanakan di semua peringkat, termasuk tanah kerajaan, tanah agensi kerajaan serta tanah kerajaan atau agensi yang telah dipajak kepada syarikat swasta.


"Terdapat banyak kes pengusiran ke atas petani. Punca utama kejadian ini kerana tanah diberi kepada syarikat pemaju untuk projek perumahan atau perladangan besar-besaran. Kejadian seperti ini tetap berlaku walaupun petani sudah memohon tanah tersebut daripada kerajaan negeri selama bertahun-tahun," katanya.


Tegas Lih Kang, kerajaan tidak perlulah bersusah payah mencari tapak baharu untuk dikeluarkan TOL atau pajakan sebaliknya harus memberikan arahan kepada Kerajaan Negeri menjamin kebenaran guna tanah kepada petani sedia ada.


"Selain itu, Kerajaan juga harus memastikan pajakan tanah Kerajaan Negeri atau agensi kerajaan diberikan kepada petani kecil dan bukan syarikat perladangan besar.


"Malaysia kini mempunyai 8 juta hektar tanah pertanian, tetapi kira-kira 6 juta hektar telah ditanam kelapa sawit. Jika masalah ini tidak ditangani dengan baik, isu sekuriti makanan tidak akan diselesaikan sampai bila-bila.


"Sekiranya kerajaan enggan memberhentikan pengusiran paksa dan perbetulkan model pemberian tanah, pengumuman Perdana Menteri hanya semata-mata satu kenyataan politik yang bersifat hipokrit," kata Naib Presiden KEADILAN itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page