PM, Dr Abiy kukuh hubungan M'sia-Ethiopia, pacu kerjasama strategik


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali, bagi memperkukuh hubungan persahabatan serta meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua negara.
Menurut PM hubungan Malaysia-Ethiopia mencatat momentum positif susulan kunjungan Abiy ke Malaysia pada 2024 dan lawatan balas beliau ke Ethiopia pada tahun lalu.
Pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September tahun lalu selepas 43 tahun turut dilihat sebagai lembaran baharu dalam hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Sehubungan itu, Anwar mengundang Ethiopia untuk membuka kedutaannya di Kuala Lumpur bagi memperkukuh lagi hubungan dua hala.
Dalam pertemuan itu, PMX turut menzahirkan penghargaan atas dukungan Ethiopia terhadap penglibatan Malaysia dalam BRICS.
Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk mengadakan Rundingan Dua Hala pertama Malaysia-Ethiopia di Kuala Lumpur tahun hadapan bagi menterjemahkan persetujuan yang dicapai kepada tindakan nyata.
Antara bidang berpotensi untuk diperluas ialah industri halal, pertanian, keterjaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan pelancongan.
Anwar berharap momentum positif berkenaan terus dipacu bagi mengukuhkan hubungan Malaysia-Ethiopia serta membawa manfaat dan kemakmuran kepada rakyat kedua-dua negara.




Comments