Parlimen Lembah Pantai merupakan salah satu pusat kebangkitan gerakan Reformasi pada 1998 dan seterusnya menjadi kubu kebal KEADILAN sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga hari ini.
Petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melupakan jasa penduduk di Kg Kerinchi, Lembah Pantai dengan berbuka puasa bersama mereka di Masjid Ar Rahah.
Bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, majlis iftar semalam merupakan sesuatu yang indah meraikan kenalan lama, pejuang reformis, penyokong setia dan rakyat yang membawa perubahan sepanjang 24 tahun sejarah perjuangan Anwar.
"Alhamdulillah, hari ini YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Dr. Wan Azizah hadir ke Program Nur Ramadan di Masjid Ar Rahah, Kg. Kerinchi.
"Terharu melihat kegembiraan semua yang hadir apabila dapat bertemu dan beramah mesra dengan YAB Perdana Menteri. Semoga ukhwah ini semakin erat," katanya dalam catatan di Facebook.
Comentarios