top of page

PM dinanti jemaah Malaysia di tanah suci

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 23, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas solat tarawikh berkunjung ke restoran tumpuan jemaah umrah Malaysia di Mekah.


Beliau disambut meriah jemaah Malaysia di restoran berkenaan yang mengambil kesempatan bergambar serta bertanya khabar.


"Usai solat sunat tarawih malam tadi saya bersama Menteri Luar Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor singgah minum malam di restoran D'Saji.


"Kami juga sempat beramah mesra bersama para jemaah Malaysia yang berada di sini.


"Mendoakan agar ibadah mereka dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur, InshaAllah," katanya.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page