top of page

PM dikunjungi superstar Rajinikanth



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkongsikan kunjungan pelakon terkemuka India, Rajinikanth.


Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar memaklumkan kunjungan itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.


Mengulas lanjut Anwar berkata, kunjungan itu sebagai penghormatan kepadanya terhadap pejuangan terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.


"Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni Asia dan antarabangsa.


"Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat," tulisnya.


Anwar sementara itu turut memaklumkan Rajinikanth ada menyatakan minat untuk menyelitkan elemen kemasyarakatan yang diperjuangkannya selama ini untuk dimasukkan dalam filem-filemnya.


"Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman," kata Anwar pada perkongsian itu.


Rajinikanth mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1973 dan antara filem lakonan beliau termasuklah ‘Sivaji: The Boss’.


Aktor berusia 72 tahun itu dikatakan tiba di Kuala Lumpur pada malam Sabtu menaiki pesawat Malaysia Airlines dan difahamkan telah kembali ke Chennai, India semalam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page