top of page

PM dijangka umum pengumuman penting hala tuju media



Kerajaan dijangka akan membuat beberapa pengumuman penting berkenaan hala tuju industri media di negara ini.


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, pengumuman itu bakal dibuat sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Ipoh, Perak hari ini.


Dijangkakan antara perkara penting yang bakal disentuh dalam pengumuman itu adalah berkaitan penubuhan Majlis Media Malaysia (MPI) yang bertujuan untuk menjaga kepentingan media, sekaligus menjaga kepentingan negara.


Sementara itu Fahmi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN berkata, Kerajaan Perpaduan sentiasa berbincang mengenai hala tuju industri media yang ketika ini berhadapan dengan pelbagai tekanan, antaranya dari segi ekonomi, selain perkembangan teknologi yang mendorong perubahan dalam aspek penerbitan akhbar.


"Tekanan ekonomi dan perkembangan ini memberi kesan kepada kelestarian, kemampanan industri media, dan tidak terkecuali aspek kebajikan para pengamal media, dan semua aspek ini sememangnya dberi perhatian oleh kerajaan.

"Perdana Menteri akan hadir untuk memberi ucaptama di Hawana dan kita boleh jangkakan ada beberapa pengumuman penting, khususnya mengenai hala tuju industri media," katanya selepas sidang media pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di Esplanade, Taman KLCC.


Sambutan Hawana 2023 selama tiga hari sehingga Isnin ini mengangkat tema 'Media Bebas, Tunjang Demokrasi' yang bertujuan memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas.


Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page