top of page

PM dijadualkan tinjau situasi banjir Kelantan hari ini



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan ke Kelantan hari ini untuk meninjau sendiri situasi banjir yang melanda negeri itu.

Perkara itu dikongsi Anwar menerusi hantaran di Facebook susulan pertemuannya bersama Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Phuket.


"Insya-Allah esok saya akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkan di sana.


"Semoga Allah segera mengangkat bencana ini," katanya.


Sekretariat Pengurusan Bencana negeri Kelantan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu berjumlah 17,378 orang setakat petang semalam.


Kesemua mangsa dari 5,541 keluarga dilaporkan sedang berlindung di 63 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

"Pasir Mas merekodkan mangsa paling tinggi iaitu seramai 13,844 orang diikuti, Kuala Krai (1,896), Tanah Merah (902), Tumpat (239) dan Gua Musang (105)," kata sekretariat tersebut.


Setakat pukul 4 petang semalam, Tumpat menjadi jajahan terbaru di negeri itu yang ditenggelami banjir, manakala Pasir Mas merupakan daerah paling teruk terjejas.


Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (Nadma) (JPM) dalam satu kenyataan pula memaklumkan terdapat tiga kematian akibat banjir di Kelantan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki di Kota Bharu dan dua kanak-kanak perempuan di Pasir Mas direkodkan setakat ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page