top of page

PM dijadual alun selawat program Munajat Perdana



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengalunkan selawat Nuril Anwar pada malam Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia yang dijadualkan malam ini.


Pengarah program, Azizi Abdul Hamid al Hafiz berkata, program itu akan membawa kelainan dalam majlis anjuran Pertubuhan Dai Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini.


Mengulas lanjut, Azizi menjelaskan program tersebut bertepatan slogan Malaysia Madani, yang mana Perdana Menteri sendiri menyaran untuk melaksanakan pelbagai program keagamaan demi merealisasikan slogan itu.


"Jadi kita menyambut baik saranan Perdana Menteri ini dan kita adakan di Parlimen Bandar Tun Razak sebagai signifikan kepada isteri beliau, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.


"Dalam masa yang sama, penganjuran ini juga tepat iaitu menjelang Ramadan tiba untuk seluruh orang yang hadir mendoakan kesejahteraan Malaysia.


"Kita akan menghimpunkan ulama dan orang ramai untuk bersama-sama memohon keberkatan dan berdoa mengelakkan Malaysia daripada bencana," katanya dipetik.



Program bertemakan Mahabbah Rasullulah Asas Kejayaan Malaysia Madani ini akan berlangsung pada jam 7 petang hingga 11 malam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.


Majlis itu turut akan diisi dengan bacaan al Quran, selawat dan qasidah, tausiyyah dan pelbagai acara lagi oleh ulama terkenal.


Imam Masjid Negeri Shah Alam, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki dan Imam Besar Kementerian Pertahanan, Leftenan Kolonel Mohd Nizam Termizi Al Hafiz akan memimpin solat Maghrib dan Isyak berjemaah.


"Dijangka kira-kira 15,000 orang akan memenuhi stadium, namun sebelum kemuncak selawat dan munajat, orang ramai boleh hadir di sini memandangkan terdapat karnival dengan pelbagai jualan dan pameran disediakan seawal jam 10 pagi.


"Diingatkan juga untuk orang ramai yang hadir, disarankan untuk membawa sejadah sendiri walaupun kita menyediakan hamparan dan memakai pelitup muka bagi mengelakkan perkara tidak diingini," katanya lagi.


Empat individu iaitu Sheikh Razak al-Masri, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki, Ustaz Amirahman Abas dan Mawiakan turut akan bersama Perdana Menteri mengalunkan selawat Nuril Anwar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page