top of page

PM cadang kelonggaran masa bekerja untuk wanita berkeluarga



Sebagai menghargai peranan golongan wanita, Perdana Menteri (PM) mencadangkan supaya wanita berkeluarga diberi sedikit ruang dan kelonggaran untuk kembali bekerja.


Pada ucapan perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di Subang Jaya malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada wanita supaya dapat memanfaatkan kebolehan mereka di samping menjaga kepentingan anak-anak di rumah.


Justeru beliau akan berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bagi tujuan itu.

"Negara kita di peringkat akhir mengkaji Skim Saraan Penjawat Awam dengan maksud meningkatkan kadar upah kerana sudah lebih 10 tahun tidak dikaji, dan saya akan bincang dengan KSN dan KPPA supaya memberikan sedikit ruang dan kelonggaran.


"Walaupun dengan gaji yang kurang, biasa orang bekerja pukul 8 pagi sehingga 4 petang, walaupun bekerja empat jam mengikut kadar upah sekadar empat jam tetapi sekurang-kurang kita boleh memanfaatkan wanita yang merasa terdesak untuk menjaga kepetingan anak-anak mereka di rumah," katanya.


Tambah beliau, hasil perbincangan itu akan diumumkan sebelum akhir tahun ini sekiranya diberi ruang untuk diteliti.


"Kalau jadi, ini merupakan antara negara pertama yang memberikan pengiktirafan yang cukup bermakna kepada wanita.


"Memberi ruang kepada mereka bekerja di samping menjaga urusan rumah tangga," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page