top of page

PM cabar pembangkang bawa usul tidak percaya di Parlimen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 20
  • 1 min read

DS Anwar mencabar pembangkang membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat. Foto: FB Anwar
DS Anwar mencabar pembangkang membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat. Foto: FB Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kesekian kalinya mencabar pembangkang supaya menggunakan saluran demokrasi yang sah dengan membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya benar-benar mahu mengambil alih pentadbiran negara.


Berucap pada satu acara di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada Sabtu, Anwar menegaskan bahawa pembangkang seharusnya berani berdepan secara terbuka di Parlimen, dan bukannya berselindung di sebalik perhimpunan jalanan.


"Kalau pembangkang ada cukup jumlah, bawa usul — itu caranya. Tariklah mana-mana Ahli Parlimen untuk sokong mereka. Kalau saya kalah, saya letak jawatan secara baik. Itu cara aman.


"Jika tak cukup sokongan, tunggu pilihanraya," kata beliau dipetik merujuk kepada perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang dirancang pembangkang pada 26 Julai ini.


Sementara itu beliau menegaskan pendiriannya untuk tidak tunduk kepada desakan segelintir pihak yang menuntut beliau berundur, selagi tidak terbabit dalam penyelewengan atau salah guna kuasa.


Anwar turut menegaskan fokusnya ketika ini ialah untuk menjalankan amanah untuk membangunkan negara dan membela nasib seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.


"Apabila seseorang itu ada kuasa, dia kena amanah. Kalau saya ikut cara lama, sampai bila negara nak maju dan bersih?


"Sebab itu dasar sebelum ini kita ubah. Ini semua untuk rakyat. Mana ada kontrak kita bagi begitu sahaja? Semua mesti melalui proses tender yang telus,” ujarnya.


"Jadi apabila ada yang desak saya turun, saya kata — InsyaAllah saya tidak akan turun, kecuali kalau saya curi duit rakyat," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page