PM boleh solat bersama 300 jemaah tetapi takut berkumpul 220 Ahli Parlimen?


Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin dikecam warga net kerana menghadiri solat sunat Aidiladha semalam bersama 300 orang jemaah tetapi tidak mahu membenarkan 220 Ahli Parlimen bersidang serentak pada sesi Dewan Rakyat, 26 Julai ini.


Antara yang menyindir PM ialah Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh yang mempersoalkan apakah bezanya jemaah 300 orang dan Ahli Parlimen 220 orang dalam isu Prosedur Standard Operasi (SOP) Covid 19.


"Tiada alasan Parlimen tak boleh masuk 220 Ahli Parlimen sedangkan PM berjemaah dengan 300 orang di masjid negara," ciapnya dalam twitter.


Berkongsi isu sama, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang bertanya apakah diperbolehkan semua Ahli Parlimen masuk serentak ke dewan kerana tiada masalah PM bersolat dengan 300 jemaah.


Persoalan jumlah yang boleh hadir ke Dewan Rakyat merupakan kontroversi terbaharu berhubung sidang Parlimen 5 hari bermula 26 Julai ini.


Hal itu terjadi susulan kenyataan hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan masuk ke dalam dewan. Pemerhati politik berpendapat hal itu tidak sewajarnya berlaku kerana semua Ahli Parlimen telah divaksin.


Namun strategi tersebut boleh menjadi penyelamat kepada kerajaan PM Mahiaddin kerana anggota Parlimen Umno boleh beralih tempat duduk ke lingkungan pembangkang pada waktu sidang untuk menunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong kerajaan Perikatan Nasional telah kehilangan majoriti.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER