top of page

PM bincang isu Semenanjung Gaza bersama Erdogan



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah berbincang mengenai perkembangan semasa peperangan membabitkan Palestin dan Israel.


Perkara itu dimaklumkan Anwar melalui satu ciapan di aplikasi X lewat malam tadi, setelah menerima panggilan telefon daripada Erdogan.


"Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan, sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel," katanya dalam satu hantaran ringkas.


Anwar pada Ahad menegaskan Malaysia akan terus kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.


Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman serta penindasan terhadap rakyat Palestin, termasuk rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin yang dilakukan rejim Zionis tanpa henti.


Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menurutnya telah menjadi mangsa korban.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page