Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima kunjungan hormat dari bekas Naib Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi mengambil kesempatan membincangkan konflik terkini Palestin - Israel.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Jusuf Kalla, Mufidah.
Menurut PM, perkembangan isu serangan Israel di Palestin menjadi perhatian utama dan sangat mengesankan Jusuf Kalla.
"Kesempatan yang ada turut kami gunakan untuk menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Alam Melayu melalui aktiviti-aktiviti ilmu dan keagamaan.
"Ia juga seiring dengan peranan semasa Bapak Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI)," tambah Anwar yang turut memuat naik beberapa gambar sekitar pertemuan itu.
Melalui hantaran sama, beliau turut menyatakan harapan agar pertemuan tersebut akan meneruskan lagi legasi panjang Jusuf Kalla yang sinonim dengan hubungan istimewa Malaysia dan Indonesia.
Comentários