top of page

PM bertukar pandangan bersama Menteri Luar Singapura



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Republik Singapura, Dr Vivian Balakrishnan (gambar, kanan).


Dalam kunjungan itu PM bertukar pandangan mengenai isu serantau dan hubungan antara negara yang akrab sejak sekian lama.


"Semasa kunjungan hormat tersebut, kami bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.


"Saya turut menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan bersama mencapai kemajuan dalam menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak secara komprehensif," katanya.


Dalam perkembangan sama, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Kadir melalui satu kenyataan media selepas mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatannya dari republik itu, Dr Vivian Balakrishnan semalam berkata PM Anwar akan mengadakan kunjungan persahabatan ke Singapura dalam masa terdekat.


Menurut laporan Mediacorp, Singapura lawatan rasmi Anwar ke republik itu dijadualkan sebelum hujung bulan ini termasuk lawatan negara Presiden Halimah Yacob ke Malaysia yang dijangka akan diadakan pada Mac nanti.


Untuk rekod, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mempelawa Anwar berkunjung ke republik itu pada 25 November lalu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page