top of page

PM bertemu Sultan Brunei, bincang kemajuan kerjasama dua negara



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang berada di ibu kota pada Sabtu.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya Anwar menjelaskan, pertemuan itu membincangkan pelbagai kerjasama yang sedang dirangka kedua buah negara.


"Alhamdulillah Paduka Seri Baginda Sultan dan saya berpeluang menilai kemajuan kerjasama yang sedang giat berlangsung antara Malaysia dan Brunei Darussalam selain membincangkan beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama.


"Mendoakan semoga hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh demi manfaat bersama, insya-Allah," kata beliau.


Anwar melalui hantaran sama turut memaklumkan, turut dibincangkan adalah persediaan Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 yang bakal berlangsung di Bandar Seri Begawan bulan depan.

Terdahulu, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Sabtu.


Brunei adalah rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara ASEAN, dengan jumlah dagangan berjumlah AS$2.04 bilion atau RM9.31 bilion pada tahun lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page