top of page

PM bertemu Putera Mahkota Saudi, bertukar pandangan isu semasa



Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan kerajaan Arab Saudi yang mengambil inisiatif menganjurkan Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh semalam.


Perdana Menteri berkata perkara itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed Salman Abdulaziz al-Saud.


"Alhamdulillah diberi kesempatan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud sebelum saya kembali ke Kaherah, Mesir.


"Saya zahirkan penghargaan terhadap kepemimpinan Kerajaan Arab Saudi terkait penganjuran Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam termasuk usaha-usaha berterusan dalam membantu saudara Islam yang ditindas," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.


Dalam pertemuan ini kata Perdana Menteri, mereka menyentuh pelbagai aspek terkait hubungan Malaysia-Arab Saudi yang perlu diperluas khususnya menyentuh soal perdagangan dan pelaburan.


Jelasnya perkara itu termasuk kerjasama dalam beberapa bidang baharu antaranya kecerdasan buatan (AI), ekonomi hijau, tenaga bersih serta petrokimia.

"Kami juga sempat bertukar pandangan berkenaan situasi serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama," katanya.


Perdana Menteri berkata Malaysia bersedia untuk menganjurkan mesyuarat penyelarasan pertama antara Malaysia-Arab Saudi di peringkat Menteri Luar bagi membincangkan kerjasama kedua-dua negara dengan lebih lanjut.


"Kesempatan yang ada juga saya gunakan untuk menjemput Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Kuala Lumpur.


"Saya optimis bahawa hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi dapat menyumbang kepada kemakmuran rakyat Malaysia keseluruhannya, Insya-Allah," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page