top of page

PM bertemu Primier China, 5 MoU ditandatangani

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 2, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bertemu Premier Republik Rakyat China, Li Qiang pada hari terakhir lawatan ke negara Tembok Besar itu.


Dalam pertemuan berkenaan lima memorandum kerjasama antara negara ditandatangani.


"Melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Republik Rakyat China TYT Li Qiang siang tadi di Great Hall of the People, Beijing.


"Perbincangan bersama Li Qiang menyentuh pelbagai aspek isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.


"Lima MoU G2G telah dimeterai semasa lawatan ini melibatkan pengukuhan hubungan dagang dan ekonomi antara kedua-dua negara, keterjaminan makanan, dan pertanian," katanya dalam catatan di Facebook.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page