top of page

PM bertemu Presiden Perancis di Brazil, perkukuh kerjasama ekonomi



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di sela sela menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Brazil tidak melepaskan kesempatan bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron.


Menurut Anwar, pertemuan tersebut yang julung kali antara beliau dan Macron membincangkan isu kerjasama ekonomi dan memperkukuh hubungan luar.


"Dalam pertemuan ini, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.


"Ia meliputi bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertahanan selain kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI)


"Kami turut membincangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, yang mana saya nyatakan penghargaan kepada Presiden Macron atas dukungan menerusi Kerjasama Pembangunan ASEAN-Perancis," katanya di Facebook.


Dalam pertemuan itu, PM turut menyatakan isu pembunuhan beramai ramai yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin.


Beliau berharap Perancis sebagai salah satu daripada lima kuasa besar dunia di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu akan bertindak membendung keganasan Israel.


"Selain itu, kami berdua juga sempat membincangkan perihal genosid yang berlaku di Palestin yang mana ia memerlukan gencatan senjata sesegera mungkin dan kerjasama semua pihak untuk menamatkan penderitaan rakyat di sana," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page