top of page

PM bertemu Pengerusi GSSG, bincang pelaburan dari Qatar



Janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 15 lalu untuk membawa kembali pelaburan asing ke Malaysia sekiranya beliau diangkat menjadi PM semakin membuahkan hasil.


Terbaharu salah sebuah syarikat paling berjaya di Qatar dilaporkan sedang meneroka peluang pelaburan di negara ini.


Anwar melalui hantaran di Facebooknya pada Khamis memaklumkan beliau bertemu Pengerusi Kumpulan Ghanim Bin Saad Al Saad & Sons Holdings (GSSG) yang juga penasihat kepada mantan Perdana Menteri Qatar.


"Tengah hari tadi saya bertemu Syeikh Ghanim Saad Al Saad di pejabat yang merupakan penasihat kepada mantan Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassim Al Thani.


"Ghanim Bin Saad Al Saad and Sons Group (GSSG) yang diketuai beliau kini sedang meneroka peluang untuk pelaburan di Malaysia," kata Anwar dalam hantaran itu.

GSSG ditubuhkan pada 1994 dan diperbadankan pada 2007 dengan perniagaanya meliputi pelbagai industri termasuk penerbangan, maritim, kereta, minyak dan gas, hartanah, pembuatan, perdagangan, kewangan dan pengurusan aset, kejuruteraan, pendidikan, hospitaliti, teknologi maklumat dan telekomunikasi.


Anwar banyak kali menegaskan dalam kempen PRU lalu akan menggunakan hubungan baiknya dengan pihak luar negara bagi menarik pelaburan ke Malaysia.


Sementara itu dalam ruangan komen di laman Facebook Ahli Parlimen Tambun itu, rata-rata warganet memuji perubahan yang berlaku selepas Anwar mengetuai kerajaan.


Mereka turut berharap agar lebih banyak pelaburan akan masuk ke dalam negara sekaligus mengambalikan status Malaysia sebagai harimau Asia yang pernah disandang ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan pada era 90-an.


"Harapan moga akan lebih ramai lagi pelabur dari luar negara memilih Malaysia. Tahniah DS Anwar Ibrahim," kata Abdul Halim Ishak di ruangan komen.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page