top of page

PM bertemu pemimpin Peru, Vietnam, hadiri pembukaan APEC

Updated: Nov 18, 2023



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sebelum persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) telah menemui dua ketua kerajaan, iaitu Presiden Vietnam, Ho Van Thuong dan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra (gambar atas).


Dalam pertemuan bersama Presiden Peru, Anwar bersetuju untuk mempertimbangkan membuka sebuah pejabat di negara itu bagi memudah cara pengeluaran sijil halal ke atas produk Peru serta berbincang mengenai kerjasama ekonomi dua hala.


Perbincangan DS Anwar dan Presiden Vietnam membuahkan hasil positif

Sementara pertemuan dengan Presiden Vietnam, perkara utama yang dibincangkan mengenai sempadan maritim kedua dua negara dan kerjasama lanjut dalam menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.


"Dalam pertemuan tersebut kami berdua bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.


"Kami juga membincangkan isu Laut China Selatan dan bersetuju mematuhi sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta menggesa agar perbincangan Kod Tatalaku di Laut China Selatan dapat segera dimuktamadkan.


"Turut dibincangkan adalah terkait kaedah untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama antara Malaysia dan Vietnam meliputi pelbagai bidang," kata PM.


Anwar juga menghadiri Majlis Resepsi Persidangan Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) semalam.


"(Saya) berkesempatan hadiri Majlis Resepsi Persidangan Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) yang dihoskan Presiden Joe Biden di Exploratorium, San Francisco," kata Anwar di Facebook.


* Foto kredit ALBARRA AZFAR - PMO


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page