top of page

PM bertemu Menteri Kewangan Turkiye



Pertemuan pertama dalam lawatan Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah dengan rakan sejawatnya Menteri Kewangan Turkiye, Mehmet Şimşek.


Dalam pertemuan itu Anwar membincangkan hal berkenaan tantanan kewangan global yang mana Turkiye juga mengalami masalah sama sebagaimana Malaysia, iaitu kejatuhan nilai matawang Lira berbanding dolar Amerika Syarikat.


"Saya memulakan lawatan kerja hari ini di Istanbul dengan bertemu sahabat lama saya, Menteri Kewangan Turkiye. Perbincangan tertumpu pada usaha mendepani tantangan ekonomi global.

"Kami meneruskan perbincangan dengan meneroka peluang-peluang baharu ekonomi, selain perbincangan turut terkait mengenai aspek pertahanan dan keselamatan serta usaha mengembang potensi pelaburan dan perdagangan dalam lapangan pembangunan teknologi dan pelancongan," katanya.


Turut bersama dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan pegawai dari kementerian masing masing.


PM dijadual bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan membincangkan tindakan selanjutnya menghadapi kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin sebelum terbang ke Mesir untuk bertemu Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sissi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page