top of page

PM bertemu Megawati, bincang soal dua negara



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri pada Selasa.


Dalam pertemuan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya itu, kedua-dua mereka bertukar pandangan mengenai hubungan antara dua negara dan perbincangan mengenai pemindahan ibu negara Indonesia.


"Turut dibincangkan adalah soal tantangan semasa yang dihadapi meliputi pelbagai aspek dan bagaimana kedua-dua saudara serumpun ini bekerjasama mencari solusi demi manfaat bersama.


"Mendoakan semoga Ibu Megawati dan keluarga terus diberi kesihatan dan kekuatan, InshaAllah," kata Anwar menerusi satu hantaran di Facebook.


Megawati hadir ditemani oleh anak perempuannya, Maharani Nakshatra Kusyala Devi yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) yang sebelum ini sempat mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.


Melalui hantaran itu juga Anwar menyampaikan ucapan tahniah kepada Megawati yang menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sosial oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada Isnin.


Beliau turut menyatakan harapan hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan terus diperkukuh.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page