top of page

PM bertemu komuniti muslim di Hainan



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus tiba ke Republik Rakyat China meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat di Hainan.


Dipetik laporan Bernama, Anwar turut mengimamkan solat Maghrib dan menunaikan solat sunat terawih di Hotel Boao Golden Coast disertai delegasi Malaysia ke Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023),


Wakil komuniti Islam setempat, Chen Yijiang yang pernah tinggal di Malaysia selama 10 tahun berkata, beliau berasa gembira dapat bertemu dan berbuka puasa dengan Perdana Menteri.

Beliau yang merupakan Imam Masjid Nankai di Daerah Tianya berharap kedatangan Anwar akan memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dengan China.


Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas petang semalam bagi menghadiri BFA 2023 sekali gus memulakan lawatan rasmi empat hari beliau ke China.


Lawatan ke China disifatkan amat signifikan kepada pengukuhan hubungan dua hala kedua-dua negara.


Ini penting bagi meningkatkan kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan dan pelancongan.


Pertemuan kali ini juga dijangka akan memberi limpahan ekonomi yang lebih konprehensif berdasarkan 14 jumlah MOU yang dijadual akan dimetrai antara Malaysia-China.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page