
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bertemu Presiden Tukiye, Recep Tayyib Erdogan bagi mencari penyelesaian berkekalkan krisis di Asia Barat.
Menurut PM, pertemuan yang diadakan semalam merupakan acara terakhir dalam lawatan singkatnya ke Tukiye dan beliau mengadakan perbincangan serius mengenai konflik Palestin - Israel.
"Perbincangan kami selama hampir dua jam memberi tumpuan besar kepada permasalahan kemanusiaan yang merenggut warga Palestin kini. Kami menyentuh secara panjang lebar dan terperinci mengenai hak warga Gaza yang terus dinafi oleh Israel.
"Babak ini tentunya mengesankan tidak hanya Palestin, tetapi juga rantau Timur Tengah dan dunia tatkala perkembangan di sana tidak semakin baik, malah memburuk dengan tindakan rakus Israel.
"Justeru, aspek keselamatan dan pertahanan turut disentuh dan diberi penekanan dan dibincangkan," katanya.
Dalam pada itu, PM menyambut baik pembukaan koridor kemanusiaa di Gaza hasil desakan masyarakat antarabangsa untuk menghantar ubat ubatan dan bantuan makanan kepada 2 juta warga Palestin yang dikepung tentera rejim Zionis.
"Malaysia menyambut baik pembukaan koridor kemanusiaan di pintu masuk Rafah-Semenanjung Gaza sejak semalam.
"Malaysia bersedia bekerjasama dengan Turkiye serta negara-negara sehaluan bagi mencari titik noktah kepada isu penindasan ke atas warga Palestin.
"Malaysia juga tidak berganjak dari pendiriannya dalam mengutuk sikap hipokrit negara-negara Barat melibatkan isu Palestin," katanya.
Selain itu, kedua dua pemimpin turut sependapat mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk dalam ekosistem pertahanan.
Untuk rekod, Turkiye merupakan negara kuasa ketenteraan terbesar di Asia Barat dan sangat aktif mengecam keganasan Israel di Tebing Barat serta Semenanjung Gaza sejak sekian lama.
Comments