top of page

PM bertemu Agong persembah kertas mesyuarat kabinet

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jan 23, 2024
1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah buat kali terakhir sebelum baginda menamatkan tempoh pemerintahannya pada 30 Januari ini.


PM diterima menghadap bagi menyembah maklum urusan kertas kertas kabinet dalam mesyuarat mingguan esok hari.


"Mesyuarat Pra-Kabinet hari ini juga amat mengesankan kerana ia merupakan kali terakhir sebelum Seri Paduka Baginda menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini.


"Mendoakan semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus diberi keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan," kata Anwar dalam catatan di Facebook beliau.


Sesi hari ini turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page