top of page

PM berlepas ke Turkiye malam tadi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 15, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas untuk lawatan ke Turkiye malam tadi.


Beliau ditemani Menteri Luar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali serta delegasi Malaysia dalam lawatan itu.


"Sejurus tiba di sana, saya akan ke Gaizantep bagi melihat sendiri kawasan bencana yang terjejas selain berjumpa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kita yang telah ditugaskan membantu operasi carilamat mangsa gempa bumi.


"Saya percaya, kumpulan SMART kita berkemampuan dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi seperti yang ditunjukkan sebelum ini hingga mampu membawa keluar mangsa yang masih hidup dan terselamat dalam bencana tersebut," kata beliau dalam catatan di Facebooknya.


Sejurus selesai lawatan di kawasan bencana, Anwar dijadual akan bertemu teman baiknya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.


"Perjalanan saya dan delegasi kemudian diteruskan pula ke Ankara bagi menemui rakan sejawat saya, Recep Tayyip Erdogan bagi menunjukkan sokongan moral kepada negara yang dilanda gempa bumi itu awal minggu lalu.


"Saya memohon seluruh rakyat jelata agar mendoakan perjalanan kami dan dipermudahkan urusan disana hendaknya," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page