top of page

PM berlepas hadiri Perhimpunan Agung PBB di New York

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 20, 2023
  • 1 min read


Perdana Menterim (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah berlepas ke New York, Amerika Syarikat (AS) malam tadi.


Melalui satu kenyataan di Facebooknya, Anwar berkata beliau bersama Wan Azizah dan delegasi Malaysia memulakan perjalanan menuju ke New York bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.


"Dalam perhimpunan bersama pimpinan dunia ini, saya antara lain akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim bagi mencapai Agenda 2030, hala tuju negara di bawah kerangka Malaysia MADANI serta beberapa isu global lain," katanya yang turut meminta rakyat Malaysia mendoakan misi delegasi Malaysia berjalan lancar.


Untuk rekod, ini merupakan UNGA pertama Anwar sebagai Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah pada 24 November tahun lalu.


Antara pemimpin dunia lain yang bakal hadir adalah Presiden AS Joe Bide; Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.


Lebih 150 ketua negara dan kerajaan serta ratusan menteri, diplomat, wakil badan bukan kerajaan dan wartawan berhimpun di New York untuk menghadiri sesi ke-78 UNGA yang bermula Isnin.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page