top of page

PM berkunjung ke Port Dickson tunai solat Jumaat



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkunjung ke kawasan Parlimen Port Dickson yang memberinya sokongan padu bagi tempoh 2018 - 2022 untuk berperanan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.


Beliau berangkat ke Port Dickson menaiki helikopter dan terus mengunjungi Bagan Pinang untuk menjamu selera di Warung Pak Salleh diiringi beberapa pemimpin utama negara.


"Saya teruja tatkala dapat bersua kembali bersama teman-teman lama sambil diapit Menteri Pertahanan Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun," katanya.


DS Anwar menjamu selera sambil bertemu penyokong setia di Port Dickson

Usai menjamu selera Anwar ke Masjid Kariah Bagan Pinang untuk menunaikan solat Jumaat. Beliau berpuas hati kawasan Parlimen yang ditinggalkannya berada dalam keadaan baik.


"Port Dickson dalam keadaan baik. InshaAllah saya tidak pernah lupakan PD dan akan kembali sekiranya ada kelapangan," katanya.


Dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu parlimen Port Dickson ditandingi oleh Aminuddin Harun manakala Anwar beralih ke parlimen Tambun di Perak dalam usaha mengukuhkan kemaraan Pakatan Harapan.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page