Pasca majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang menampilkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kelmarin, kesan yang dirasai oleh rakyat adalah kejayaan PMX membawa mesej politik perdamaian di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Meskipun kempen Pas di seluruh negara amat memburuk burukkan sosok Anwar Ibrahim namun PM tidak membawa politik dendam, sebaliknya meluluskan peruntukan terbesar dalam sejarah kepada rakyat Kelantan, termasuk janji terbaharu akan menyelesaikan masalah bekalan air yang telah berlarutan selama 30 tahun.
Bagi Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Kelantan, Mohamad Zulfadly Ruslan, politik perdamaian itu juga amat terserlah apabila Anwar bertemu kedua dua anak lelaki Almarhum Nik Aziz Nik Mat yang berseteru berikutan pendirian politik yang berbeza, iaitu Nik Abduh dan Nik Omar.
"Pada saya, politik perdamaian yang dibawa PM ini bakal merubah landskap politik ketaksuban rakyat Kelantan
"Rakyat Kelantan, terutama anak muda perlu tolak politik ketaksuban dan perlu menilai dengan bijak, rasional serta adil
memainkan peranan sebagai agen perubahan
"PMX membawa mesej dan perjuangan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, juga perpaduan dalam keluarga Almarhum Tuan Guru Nik Aziz," katanya kepada Suara Keadilan.
Selain itu, Zulfadly berpendapat sambutan luar biasa rakyat terhadap Anwar boleh mewujudkan kemungkinan akan berlaku perubahan dalam landskap politik negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Julai ini.
Hal itu, katanya, dilihat dengan laungan reformasi oleh hadiri di majlis rumah terbuka yang tidak berhenti sebaik sahaja Anwar tiba di majlis tersebut.
"Dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung dan laungan reformasi di Rumah Terbuka Malaysia Madani ini, ia boleh dijadikan penanda aras dan bukti rakyat Kelantan mendambakan perubahan dan pembaharuan
"Selama lebih 3 dekad berada di bawah pimpinan Kerajaan Pas negeri Kelantan, terlalu banyak masalah-masalah dan isu-isu yang tidak dapat diselesaikan serta terbengkalai (yang memerlukan perubahan politik)," katanya.
Justeru, Zulfadly menasihatkan anak muda yang majoritinya mengundi Pas pada Pilihan Raya Umum lalu agar berfikir secara yang lebih matang dan mula melakukan perubahan dalam dua bulan akan datang.
"Anak muda, atas asas ini perlu sama-sama suburkan keharmonian dan hayati erti Malaysia Madani. Madani itu hidup berperadaban yang tidak memperlekehkan orang, hidup yang penuh kasih sayang, saling menghormati dan menolak politik ketaksuban," katanya lagi.
Комментарии