top of page

'PM berjaya baiki imej negara, jangan terus tabur fitnah burukkan kerajaan'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 30
  • 2 min read

Lawatan PM Anwar ke Indonesia yang diberi sambutan meriah menaikkan imej negara. Foto: FB Anwar
Lawatan PM Anwar ke Indonesia yang diberi sambutan meriah menaikkan imej negara. Foto: FB Anwar

Oleh: Akmal Manaf


Sambutan penuh gemilang yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan rasmi beliau ke Indonesia pada 27 Jun lalu, mencerminkan penghormatan tertinggi diberikan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto terhadap kepimpinan Perdana Menteri (PM) ke-10 itu.


Bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young, sambutan penuh penghormatan yang diterima Anwar merupakan detik bersejarah yang membanggakan.


Katanya, Jemaah Menteri yang mengiringi Presiden KEADILAN menjadi 'saksi hidup' kepada detik berkenaan.


Peristiwa itu, ujar David, merupakan satu pengiktirafan jelas terhadap kualiti Datuk Seri Anwar yang setaraf dengan pemimpin dunia yang lain.


''Peristiwa ini seharusnya membuka mata rakyat Malaysia bukan sekadar untuk berbangga, tetapi lebih menyedari ketinggian kualiti kepimpinan yang dimiliki Anwar.

David Cheong Kian Young
David Cheong Kian Young

''Lawatan rasmi Anwar ke Indonesia bukan sekadar lawatan balas Presiden Indonesia ke Malaysia, sebaliknya merupakan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuhkan hubungan dua hala yang erat.


"Lawatan rasmi ini merupakan Rundingan Tahunan ke-13 antara Malaysia dan Indonesia dan antara perkara penting yang dibincangkan adalah hasil Sidang Kemuncak ASEAN, isu serantau dan global," katanya menerusi satu kenyataan.


David menambah, dalam kesibukan Anwar mengatur dan berusaha memulihkan keadaan terutamanya kerosakan ekonomi akibat beberapa siri pertukaran kerajaan sebelum ini, masih jelas kelihatan kewujudan 'politikus dangkal' yang terus tidak mempedulikan kejayaan dan imej baik yang dihasilkan oleh perdana menteri.


Pihak tersebut, katanya, terus menabur fitnah dengan menjalankan pelbagai agenda termasuk mempergunakan pelajar demi memuaskan nafsu mereka untuk mencuba menukar kerajaan.


"Kita dipertontonkan dengan pelbagai adegan dan publisiti murahan malahan 'modus operandi' yang telah berdekad lamanya masih terus digunakan berulang kali hanya untuk menghasut rakyat agar membenci dan hilang kepercayaan terhadap PMX.


"Telah terbukti bahawa mereka pernah menjadi kerajaan. Pada pusingan pertama yang baru sahaja bermula, mereka runtuhkannya begitu sahaja. Kemudian mereka membina pula kerajaan kedua.


"Dalam era kedua itu, rakyat Malaysia dikurung sehingga ramai hilang punca pendapatan, dan ada yang kehilangan nyawa kerana wang dalam akaun bank sudah tidak 'bersisa'.


"Nak tutup cerita, mereka bina pula yang ke-3. Sendu sahaja negara," bidas beliau.


Menurut David lagi, zaman telah lama berubah dan formula lama daripada golongan tidak bertanggungjawab itu kini menjadi jenaka kepada generasi sekarang.


Ujarnya, walau secanggih mana kaedah penyebaran fitnah yang digunakan, formula tetap berpaksikan lawak jenaka.


"Rakyat Malaysia telah berevolusi minda. Kita lebih bijak dalam menilai suasana, mampu membezakan urusan politik berbanding keutamaan membangunkan negara.


"Politik ada waktunya, ada keutamaannya, namun sebelum tiba masa itu, kita utamakan agenda memperkukuh ekonomi negara.


"Kerajaan di bawah Datuk Seri Anwar pasti akan terus maju memacu pembangunan seterusnya rakyat akan hidup sihat sejahtera di bawah payung negara," katanya lagi.

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page