
Penamaan calon di kawasan Gombak yang meliputi DUN Gombak Setia, DUN Sungai Tua dan DUN Hulu Kelang hari ini meriah apabila di hadari beberapa tokoh politik peringkat nasional.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan apabila turun memberi sokongan pada pukul 8.46 pagi bersama Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Seawal pukulm 9.00 Calon yang bertanding Datuk Seri Amrudin Shari (Sungai Tua), Juwairiya Zulkifli (Hulu Kelang) dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Gombak Setia) berarak ke pusat penamaan calon di Sekolah Sungai Cincin dengan diiringi kira kira 3,000 penyokong.
Perarakan tersebut mungkin yang paling meriah dan besar bagi mengiringi calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Calon calon masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak kira kira pukul 9.20 pagi dan para penyokong menunggu di luar sekolah.
Mereka dijangka bertembung calon PN Hilman Idham (Gombak Setia), Azmin Ali yang berubah DUN (Hulu Kelang) dan Muhammad Hanif Jamaluddin (Sungai Tua).
Pertembungan 3 pengerusi negeri, Amirudin Shari (Pengerusi PH Selangor), Megat Zulkarnain Omardin (Pengerusi BN Selangor) dan Azmin Ali (Pengerusi PN Selangor) dijangka sengit sehingga hari mengundi pada 12 Ogos depan.
Commenti