top of page

PM berehat di rumah, ‘Alhamdulillah, back home’

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar samtai berehat di rumah sambil membaca buku karya Francis Fukuyama
DS Anwar samtai berehat di rumah sambil membaca buku karya Francis Fukuyama

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi status kesihatannya yang semakin pulih di media sosial selepas menjalani pembedahan.


Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, PM dilihat duduk berehat di rumahnya sambil membaca buku dengan memberi kapsyen ringkas.


"Alhamdulillah, back home," katanya dengan foto sedang membaca sebuah buku.


PM pada Isnin lalu selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).


Sebelum itu, beliau juga berkongsi hantaran Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dalam satu panggilan telefon bertanya khabar serta mendoakan kesihatan beliau.


"Baginda dengan penuh keprihatinan bertanya khabar serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Kebawah Duli Tuanku.


"Saya turut mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT," katanya.


Anwar berkata bahawa beliau akan menghadap Sultan Brunei pada minggu hadapan di Bandar Seri Begawan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Ke-27 antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page