top of page

PM berdiskusi bersama pemikir Islam Eropah, tolak Islamofobia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 15, 2024
  • 1 min read


Di sela sela kepadatan jadual Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Jerman, beliau sempat melakukan diskusi bersama golongan intelek Islam di negara itu.


Menurut Anwar, waktu lapang lawatannya di Berlin digunakan untuk bertukar pandangan bersama rakan-rakan pemikir dan sarjana Islam Eropah.


"Antara yang terlibat adalah International Institute of Islamic Thought (IIIT), Arab World Institute dan Middle East and Mediterranean Research Centre (CERMOM).


"Kami menyentuh beberapa perkara, antaranya peranan sarjana dan cabaran baru dengan semaraknya Islamofobia di Eropah pada saat ini," katanya.


Selain itu, kata Anwar cendekiawan Eropah juga memberikan harapan tinggi agar Malaysia, sebuah negara Islam moderat mengambil cabaran merangka strategi bagi memerangi kesalahfahaman terhadap Islam di Eropah.


"Kami juga membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani permasalahan tersebut terutamanya di barat dan rakan-rakan sarjana turut mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan menentang kemaraan budaya ini.

"InshaAllah, saya bersama rakan-rakan akan terus menjadi penggerak utama bagi membasmi isu Islamofobia," katanya lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page