top of page

PM berazam kerja lebih kuat pada 2024



Oleh: Azuan Ab Rahman

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk bekerja lebih kuat dan gigih pada tahun 2024.


Menerusi catatan di laman sosialnya bersempena kehadiran tahun baharu 2024 beliau berkata, meskipun menggapai sedikit kejayaan dalam tempoh yang singkat tahun 2023 namun beliau tidak mudah berpuas hati.


"Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya. Saya tidak lekas berpuas hati meski kita menggapai sedikit kejayaan dalam tempoh yang singkat seperti penurunan inflasi ke tahap 2 peratus serta kadar pengangguran yang terendah, selain ekonomi berkembang dan bertahan pada 4 peratus.


"Mungkin peratus rendah tetapi bagi yang tertekan, dengan kehidupan dan kos sara hidup, ia mesti segera ditangani.


"Ukuran sebenar adalah tentang kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.


Melalui kenyataan sama, Anwar turut mengingatkan suasana ketidaktentuan di beberapa tahun kebelakang adalah pedoman terbaik untuk semua pihak bekerja sebagai satu pasukan.


Kerkelanjutan dari asas politik yang kukuh sebagai asas kemuafakatan rakyat itu jelasnya hanyalah mukadimah kepada jalan panjang ke arah reformasi.


"Kita mesti bekerja lebih kuat dan gigih di tahun 2024, dan itu tekad kita. Selamat Tahun Baru 2024," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page