top of page

PM bayangkan rombakan Kabinet bulan ini



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.


Ketika diajukan soalan berkaitan rombakan Kabinet selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 18, Putrajaya, Perdana Menteri telah memanggil seorang kanak-kanak, Akmal Hafiz Yaseer Arafat, 12, dan memintanya untuk mengulangi soalan berkenaan sebagai mewakili pemberita.


Kanak-kanak itu lantas mengajukan pertanyaan kepada Perdana Menteri; "Datuk Seri, bila rombakan Kabinet?"


"Akmal cadang bila, sebelum atau selepas 2024," balas Anwar kepada kanak-kanak berkenaan dan Akmal Hafiz menjawab: "Sebelum 2024".


"Dia jawab sebelum 2024. Saya setuju," kata Anwar dipetik Bernama.


Terdahulu Perdana Menteri bersama kira-kira 2,000 jemaah termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menunaikan solat Jumaat di surau berkenaan yang diimamkan oleh Imam I Surau Putra Al-Amin Fasa 4C Amirul Aqif Ismail.


Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Memaknakan Kekayaan Dengan Berzakat’ yang kandungannya antara lain mengajak umat Islam untuk menunaikan zakat dan mengikis sifat bakhil demi meraih keredhaan Allah SWT.


Selepas solat Jumaat, Perdana Menteri turut meluangkan masa menjamu selera di pekarangan surau dan beramah mesra dengan jemaah termasuk kanak-kanak.


Keperluan kepada rombakan Kabinet sudah diperkatakan sejak berbulan lamanya terutama selepas pemergiaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.


Sejak itu, Anwar masih belum melantik penggantinya dan kemungkinan rombakan dilakukan bertepatan dengan genap setahun tertubuhnya Kerajaan Perpaduan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page