top of page

PM batal lawatan ke Pahang atas nasihat doktor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 2
  • 1 min read
ree

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini.


Menurut kenyataan tersebut, pembatalan saat akhir itu dibuat atas nasihat pasukan perubatan selepas Perdana Menteri mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan beliau menjadi terbatas.


"Atas nasihat doktor, YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi," kata kenyataan tersebut.


Dalam masa yang sama, Datuk Seri Anwar turut memohon maaf setulusnya kepada rakyat Pahang, khususnya mereka yang telah membuat persiapan bagi menyambut kehadiran beliau.


"YAB Perdana Menteri memohon maaf setulusnya, khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau," ujar kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page