top of page

PM bakal umum SSPA terbaik pernah diperkenalkan



Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan diumumkan Kerajaan MADANI dalam tempoh terdekat adalah antara yang terbaik pernah diperkenalkan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan pimpinannya tidak pernah menganggap kajian SSPA sebagai suatu perkara ringan yang boleh dipandang enteng.


"Tidak benar kalau kata kita tidak beri perhatian (kerana) di dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Perbendaharaan (KSP) saya tekankan tidak mahu ada kelompok yang tersisih.


"Kita mahu ambil tindakan SSPA secara menyeluruh dan dilakukan bersama dengan reformasi penjawat awam," kata Anwar dipetik dalam ucaptama pada Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.


Mengulas lanjut, beliau berkata, dengan pengiktirafan kepada penjawat awam menerusi SSPA kerajaan mengharapkan golongan terbabit dapat menonjolkan prestasi lebih baik dan komited terhadap tugas.


"Maknanya kita juga mengharapkan prestasi lebih baik, kerja lebih serius dan ketua jabatan mesti pantau kerana dalam kelompok yang besar, ada yang malas, ada yang lemah.


"Saya tidak fikir orang yang malas dan prestasi lemah harus diberikan kenaikan pangkat sebagai satu perkara biasa," tambahnya.


Turut hadir ke sesi tersebut adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden PPTD, Datuk Seri Isham Ishak.


Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2 juta kepada PPTD untuk memastikan program serta aktiviti yang dirancang, dapat dilaksanakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page