PM bakal hadir Hari Keluarga dan Rapat Reformis Kebangsaan 2026
- Suara Keadilan

- 4 days ago
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal hadir dalam program Hari Keluarga dan Rapat Reformis Kebangsaan 2026 (HKDRRK 2026) yang berlangsung di Bukit Berutung, hari ini.
Menurut sumber PM dijangka tiba pada pukul 2.00 petang.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan bersama, Pengarah Program HKDRRK 2026, Senator Amir Ghazali menyeru semua pendukung reformasi daripada pelbagai latar belakang — sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak — agar bersama-sama hadir bagi memeriahkan program tersebut sebagai simbol kesatuan dan kesinambungan perjuangan reformasi.
Manakala Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Mustapa Mansor Mohd Isa yang menjadi tuan rumah program berkata, majlis tersebut akan diisi dengan pelbagai acara bagi merapatkan ukhwah dalam kalangan reformis serta ahli keluarga mereka.
"Antara pengisian menarik yang disediakan termasuk sukaneka keluarga, pertandingan tarik tali antara negeri, serta satu forum khas yang menampilkan tokoh-tokoh reformasi sejak tahun 1998," katanya.
Beberapa tokoh reformasi dijangka menjadi panel forum seperti Dr Badrul Amin, Datuk Mustaffa Kamil Ayub, Ronnie Liew dan lain lain.
Justeru, Mustapa menjemput semua reformis seluruh negara untuk hadir pada program hari ini bagi memperbaharui tekad reformasi ke arah masa depan yang lebih mampan dan inklusif.
HKDRRK 2026 diadakan di Kelab Golf Bukit Beruntung, Hulu Selangor bermula pada jam 8 pagi hingga 6.30 petang.









Comments