top of page

PM arah tubuh jawatan kuasa pantau kos sara hidup - Zahid



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan penubuhan jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan kos sara hidup.


Arahan itu didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Persatuan Penganut Kuil Sree Maha Kaliamman di Klang pada Jumaat.


Menurut Ahmad Zahid, penubuhan jawatankuasa itu bagi memastikan usaha kerajaan dalam meringankan beban rakyat dan kesinambungan terhadap pengumuman terdahulu, termasuk berkaitan tarif elektrik, petrol serta mengawal kekurangan bahan makanan asas dapat dijalankan secara berterusan.


"Saya telah bekerjasama dengan menteri-menteri tertentu yang menjaga portfolio mengenai kos sara hidup ini bersama ketua setiausaha dan ketua pengarah serta lain-lain pegawai kanan kementerian untuk menangani permasalahan ini secara tuntas," katanya.


Terdahulu semasa berucap pada majlis tersebut, Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri dan beliau sebagai orang nombor dua akan memfokuskan untuk menangani kos sara hidup sebagai keutamaan pentadbiran kerajaan perpaduan.


"Dan kita lihat dalam tempoh sebulan ini juga, beberapa pengumuman dilakukan dan perubahan-perubahan diumumkan selepas setiap mesyuarat mingguan Kabinet.


"Ini sudah tentu melegakan kebanyakan rakyat," katanya lagi


Antara langkah besar diumumkan Anwar dalam tempoh sebulan dilantik mengetuai kerajaan antara lain adalah dengan memotong gaji menteri kabinet sebanyak 20 peratus dan menghentikan budaya pembaziran di kementerian.


Mengumumkan tiada peningkatan tarif elektrik, menamatkan amalan tender rundingan terus bagi projek kerajaan dan menstruktur semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan pengurangan kos RM11.01 bilion daripada jumlah asal.


Perdana Menteri turut memindahkan kuasa kawal selia gas kepada Sabah bagi bekalan gas di negeri itu, membuat pemotongan 30 peratus cukai rumah bawah RM300 ribu di Putajaya, meneruskan bantuan bagi rakyat termiskin dan bantuan persekolahan RM150 setiap murid tanpa mengira pendapatan penjaga.


Kerajaan juga mengarahkan lebih banyak fasiliti untuk penjaja dan peniaga kecil dibina di Kuala Lumpur supaya seiring pembangunan ibu kota itu.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page