PM arah siasat jika ada langgar tatakelola di Khazanah
- Suara Keadilan

- 16 hours ago
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan dijalankan terhadap sebuah syarikat yang ditubuhkan sejak 2012 di bawah Khazanah Nasional.
Beliau berkata, arahan itu susulan wujud keraguan berkaitan aspek tatakelola yang perlu disiasat bagi memastikan tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan itu kekal bersih.
"Saya puji Alhamdulillah, pengurusan (Khazanah) baik, sudah jaga tatakelola dengan baik.
"Tapi dalam gali-gali ini, rupanya ada syarikat ditubuh sejak 2012 yang menimbulkan keraguan tentang tatakelola.
"Apa keputusan saya? Saya kata tak kira. Walaupun Pengerusi Khazanah sekarang (ialah) Perdana Menteri, saya minta kalau ada pelanggaran tatakelola, siasat. Ini barulah kita tegas," katanya dipetik laporan media.
Beliau berkata begitu ketika Sesi Temu Anwar bersama Himpunan Anak Muda Kebangsaan (HAMKA) Antarabangsa 2026, di Klang pada Khamis.
Sementara itu menurut beliau, mesyuarat Lembaga Khazanah pagi semalam turut memutuskan untuk menjalankan siasatan bagi memastikan sebarang masalah tatakelola dapat dikenal pasti dan diperbetulkan.
Langkah tersebut jelasnya perlu dilihat sebagai usaha membersihkan kelemahan lama yang kesannya masih dirasai pada masa kini, bukannya didorong faktor politik atau dendam terhadap pihak terdahulu.




Comments