top of page

PM arah segera baik pilih kuarters TUDM Sungai Besi untuk kediaman

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
PM Anwar menunjau pangsapuri lama TUDM yang perli dibaik pulih untuk kegunaan keluarga tentera
PM Anwar menunjau pangsapuri lama TUDM yang perli dibaik pulih untuk kegunaan keluarga tentera

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan arahan supaya kerja-kerja baik pulih kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Tanah Sungai Besi disegerakan.


Menurutnya, perkara itu sudah dibincangkan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Tanah Sungai Besi, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh bagi membolehkan kuarters tersebut digunakan untuk perumahan.


"Tinjauan dah. Saya dah minta Tan Sri Mohd Hassan dan juga Datuk Maimunah, Hannah Yeoh pun ada untuk menyegerakan pemulihan supaya kita boleh sediakan untuk rumah," katanya dipetik laporan media.


Anwar sebelumnya mengadakan lawatan ke kuaters tersebut yang terbiar tidak berpenghuni selepas operasi Pangkalan Udara Kuala Lumpur dipindahkan sepenuhnya ke Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan pada 2018.


Beliau kemudian turut menghadiri taklimat projek Bandar Malaysia yang diselenggara oleh KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP).


Sementara itu menurut laporan media, projek pemulihan itu bakal membabitkan dua blok pangsapuri bekas kuarters TUDM yang mempunyai keseluruhan 160 unit kediaman.


Ketua KLCC Development Sdn Bhd, Wan Shamilah Wan Muhammad Saidi berkata, keadaan bangunan sedia ada masih baik dan sesuai untuk menjalani kerja-kerja pemulihan.


"Lawatan Perdana Menteri meninjau plot pertama Tanah Rizab Melayu di Sungai Besi Land. Kami mempunyai komitmen seluas 20.23 hektar, dan ini adalah 4.05 hektar yang pertama.


"Perancangan kami untuk apartment ini boleh diduduki tahun 2027. Kami dah mula kerja untuk baik pulih dan kalau tengok kawasan ni pun sudah kami bersihkan, sudah bermula," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page