top of page

PM arah Projek Bitara Madani diperluas segera



Perdana Menteri (PM) meminta Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) melaksana dan memperluaskan segera Projek Bitara Madani termasuk memfokuskan kepada penyelesaian terhadap kesulitan dan masalah dihadapi rakyat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi MTMM berkata, majlis itu akan memberi tumpuan kepada dua projek baharu Bitara Madani iaitu usaha menaik taraf fasiliti daif di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan memperluas pelaksanaan Gerai Madani.

"Di bawah projek menaik taraf fasiliti, kerajaan sedang mengambil langkah segera bagi menambah baik 436 fasiliti dan klinik kesihatan di bawah KKM dengan sasaran kesemua fasiliti akan memasuki peringkat pelaksanaan menjelang akhir tahun 2023," katanya menerusi catatan di Facebook beliau.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebelumnya mengulas keputusan dicapai mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani (MTMM) pada Isnin.


Sementara itu Anwar berkata, projek Bitara Madani antara lain membuktikan komitmen kerajaan meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan rakyat termasuk kemudahan menjalankan perniagaan.


Ia sentiasa mendukung rukun Malaysia Madani dan menggunakan pendekatan "The Whole of Government" (pendekatan keseluruhan kerajaan) dengan ketua projek terdiri daripada pegawai kanan perkhidmatan awam di kementerian atau jabatan yang berbeza dengan kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab terhadap projek yang dikenal pasti.


"Dengan tumpuan kepada kos yang rendah, pelaksanaan penyelesaian segera dan penggunaan sumber sedia ada, kesemua projek di bawah Bitara Madani selari dengan anjakan reformasi penyampaian perkhidmatan awam agar lebih cekap, berintegriti dan berkualiti dalam memberi khidmat kepada masyarakat serta berupaya memberi kesan secara langsung kepada rakyat," kata beliau.


Di bawahnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperluas pelaksanaan Gerai Madani melalui menaik taraf 20 medan selera di bawah PBT terpilih bagi mengubah penampilan dan kemudahan agar lebih bersih dan indah demi keselesaan rakyat.


Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini turut melancarkan projek rintis yang dipacu oleh pasukan STAR bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan di hospital kerajaan.


Inisiatif itu menyaksikan purata kedatangan pesakit zon hijau ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR telah mencatatkan penurunan kedatangan pesakit sebanyak 54 peratus.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page