top of page

PM arah KPT, KKM selesai isu iktiraf graduan doktor farmasi Mesir

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • Jun 5
  • 1 min read

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) menyegerakan penyelesaian isu pengiktirafan siswazah program Doktor Farmasi (PharmD) dari Universiti Alexandria, Mesir bagi memastikan masa depan pelajar yang terlibat tidak terjejas.


Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan berkata, kerajaan mengambil maklum aduan yang dikemukakan pelajar bidang farmasi universiti berkenaan berhubung pengiktirafan kelayakan program PharmD untuk tujuan pendaftaran dan amalan profesional di Malaysia.


"Perdana Menteri telah mengarahkan KPT dan KKM supaya memberikan perhatian serta memuktamadkan penyelesaian terhadap isu ini dengan kadar segera demi kepentingan pelajar yang terlibat," kata kenyataan itu hari ini.


Menurut PMO, ketika ini Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tidak mempunyai halangan terhadap pengiktirafan akademik program berkenaan.


Namun katanya pengiktirafan profesional bagi tujuan pendaftaran sebagai ahli farmasi masih memerlukan pertimbangan dan persetujuan Lembaga Farmasi Malaysia.


Sehubungan itu, PMO menegaskan isu berkenaan perlu diselesaikan secara menyeluruh dengan mengambil kira kepentingan pelajar serta keperluan mengekalkan standard profesional bidang farmasi.


"KPT dan KKM perlu menyelesaikan isu ini secara tuntas selaras dengan gagasan MADANI yang menuntut keadilan, ihsan dan kebijaksanaan dalam setiap keputusan yang menyentuh masa depan rakyat, tanpa menjejaskan standard profesional yang ditetapkan bagi bidang farmasi," menurut kenyataan itu lagi.


Isu berkenaan timbul apabila beberapa ibu bapa kepada pelajar program PharmD Universiti Alexandria mendakwa anak mereka berdepan kesukaran mendapatkan pengiktirafan profesional untuk berdaftar dan beramal sebagai ahli farmasi di Malaysia, meskipun program berkenaan memperoleh pengiktirafan akademik.


Keadaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelajar yang telah melaburkan masa dan kos pengajian yang tinggi di luar negara kerana pengiktirafan profesional merupakan syarat penting untuk membolehkan seseorang graduan menjalani latihan serta didaftarkan sebagai ahli farmasi berdaftar di Malaysia.

2 Comments


Weston Lincoln
Weston Lincoln
Jul 14

Create Collage tools help you combine multiple photos into attractive layouts with ease. They provide creative templates, editing features, and customization options to design beautiful photo collages for social media, events, and personal memories.

Like

yaqian zhang
yaqian zhang
Jun 05

The best thing about Drive Mad is the constant sense of progress. Even failed attempts help you understand the track a little better.


Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page