top of page

PM arah kempen kesedaran keselamatan jalan raya diperluas



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya kempen kesedaran keselamatan jalan raya diperluas.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, penegasan itu dinyatakan perdana menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan semalam susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye sehari sebelumnya.


"Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Perdana Menteri membangkitka pertemuan beliau dengan Lam Thye.


"Jumlah kemalangan jalan raya tahun lalu mencecah 600,000 kes. Paling tinggi dicatatkan, membabitkan pengguna motosikal terutama yang berusia 18 hingga 35 tahun.

"Oleh itu Perdana Menteri memberi penegasan bahawa kempen kesedaran perlu dilipat ganda dan diperluaskan," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya.


Terdahulu Anwar melalui satu hantaran di laman Facebooknya menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan pengguna motosikal.


Kadar kemalangan yang tinggi itu jelasnya berkaitan dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang selain isu penyelenggaraan jalan raya.


Sementara itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri mengingatkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak berusia 16 tahun ke atas supaya sentiasa memastikan anak mereka berwaspada ketika menunggang atau membonceng motosikal.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page