top of page

PM arah henti pasang papan iklan guna peruntukan kerajaan



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemasangan papan iklan (billboard) baru berkait dirinya dan “Kerajaan Madani” yang menggunakan peruntukan kerajaan dihentikan serta-merta.


Bercakap kepada pemberita di Alor Setar semalam, Anwar menegaskan pemasangan papan iklan berkenaan di seluruh negara tidak mendapat persetujuan dan kelulusannya.


"Saya datang dalam perjalanan ke Alor Setar, dan semalam beritahu tentang billboard Anwar dan Madani itu di seluruh negara, ini tidak mendapat persetujuan dan kelulusan saya.


"Saya sudah beritahu tidak payah belanja ini, dijawab oleh jabatan yang berkenaan bahawa peruntukan ini peruntukan lama dan oleh kerana pertukaran PM dan kerajaan (maka) ia dipindahkan," katanya.


Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau menghormati pegawai yang terlibat dalam pemasangan papan iklan seumpama itu kerana meneruskan dasar sedia ada.


Namun beliau menegaskan peruntukan itu boleh digunakan kepada tujuan lain demi kepentingan rakyat bagi mengelak pembaziran.


"Dalam keadaan saya tidak dimaklum, saya tidak boleh bagi keputusan. Sekarang bila saya telah dimaklum, keputusan saya adalah saya tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat ‘billboard-billboard’ besar,”

"Jadi saya arahkan (penghasilan) billboard baru dihentikan, kekal yang ada sahaja,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page