top of page

PM arah bina segera jambatan Felda Selancar



Perdana Menteri mengarahkan supaya jambatan Felda Selancar di Rompin yang runtuh akibat banjir baru-baru ini dibina semula secepat mungkin.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata begitu ketika mengadaan pertemuan dengan kira-kira 100 diaspora Malaysia di Manila ketika rangka lawatannya ke Filipina.


Mengulas lanjut beliau berkata, sebelum memulakan lawatan rasminya ke republik itu, perbincangan segera untuk menangani banjir dan bantuan yang boleh dihulur kerajaan telah dibincangkan bersama Timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (Nakma), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


"Mengenai banjir di Johor dan Pahang, saya telah diberikan maklumat semasa (tentang bencana). Saya telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) supaya peruntukan yang cukup untuk mangsa-mangsa banjir," katanya pada akhir lawatan dua harinya ke Filipina semalam.


Bencana banjir di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka sehingga kini telah menjejaskan 29,000 orang


Dalam kejadian pada awal 1 Mac itu, lebih 5,000 penduduk di Felda Selancar terputus hubungan selepas laluan utama ke kawasan tanah rancangan itu runtuh susulan hujan lebat.


Hujan lebat turut menyebabkan laluan alternatif ke kawasan yang mempunyai kira-kira 10 tanah rancangan itu ditenggelami air dan tidak dapat dilalui semua kenderaan.


Sehubungan itu kerajaan akan membina sebuah jambatan bailey di jalan masuk ke Pewira Jaya dan FELDA Selancar dengan bantuan Kor Jurutera DiRaja Angkatan Tentera Darat bagi memudahkan penduduk sebelum jambatan baharu dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page