top of page

PM arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 4
  • 1 min read

Pemprosesan haram e-waste mencemarkan alam sekitar negara dengan pelbagai toksid dan logam berat
Pemprosesan haram e-waste mencemarkan alam sekitar negara dengan pelbagai toksid dan logam berat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memperhebatkan operasi membanteras kegiatan pengimportan sisa elektronik (e-waste) secara haram ke negara ini.


Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Perdana Menteri mahu agensi itu bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan bagi mengekang kegiatan berkenaan.


"Perdana Menteri secara terbuka menyatakan beliau sudah hilang kesabaran terhadap isu integriti.


"Beliau dengan keras mengarahkan sekiranya ada mana-mana pegawai penguat kuasa yang terlibat memberi perlindungan dan mengambil imbuhan rasuah dalam kegiatan penyeludupan itu, tindakan tegas perlu ambil tanpa mengira siapa," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Pengarah AKPS di Putrajaya semalam.


Sementara itu, beliau menegaskan AKPS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan serta penyalahgunaan kuasa yang boleh mengancam keselamatan negara.


Sejak menerajui agensi berkenaan, beliau turut memperhebat kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia, yang membawa kepada penahanan, pendakwaan serta tindakan tatatertib terhadap 39 individu atas pelbagai kesalahan salah laku.


"...yang pasti senarai mereka yang terlibat dalam counter setting ataupun flying passport ini masih belum menemui titik noktahnya. Maklumat risikan dan aduan masih diterima cuma bukti masih belum diperoleh," tambahnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri menegaskan pendirian melarang perbuatan menjadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan e-waste.


Justeru, Kerajaan MADANI memberi laluan penuh kepada pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti rasuah dan salah guna kuasa termasuk membabitkan aktiviti berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page