top of page

PM Anwar ziarahi tokoh pemikir, Presiden Pas di IJN

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 6, 2024
1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat hadir di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarahi rakannya tokoh pemikir Islam, Profesor Ziauddin Sardar yang sedang menerima rawatan di institusi itu.


Dalam kunjungan sama, beliau juga melawat Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Hj Hadi Awang yang dilapor sedang menerima rawatan di hospital itu.


"Saya ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarah sahabat saya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Namun doktor memaklumkan, beliau sedang berehat usai menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.


"Saya juga sempat melawat sahabat saya Profesor Ziauddin Sardar dan berbicara berkaitan tahap kesihatannya.


"Kita doakan semoga urusan kedua-dua sosok ini dipermudah dan diberikan a'fiat sesegera mungkin oleh Allah SWT," kata Anwar dalam satu hantaran di laman Facebooknya.


Ziauddin, 72, merupakan penulis pemenang anugerah dan dianggap sebagai intelektual penting di United Kingdom itu pernah berkhidmat sebagai penasihat Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini.


Abdul Hadi, 76, pula dilapor berada di IJN untuk pemeriksaan jantung sejak 1 Januari lepas.


Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pernah dimasukkan ke hospital, dipercayai akibat sesak nafas pada Februari tahun lalu.


Beliau turut dilaporkan menghadapi masalah kesihatan pada Jun tahun 2023 dan beliau dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan serta pemantauan doktor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page