top of page

PM Anwar ucap tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar susulan pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan.


Anwar menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya turut mendoakan agar pengalaman Dr Wan Junaidi sebagai bekas Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Negara akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.


"Menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Istana Negara yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


"Tahniah saya ucapkan kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan ini dengan doa semoga khidmat dan pengalaman panjang Tun dihargai serta dimanfaatkan rakyat terutamanya rakyat Sarawak," kata Anwar.


Dr Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.


Pelantikannya adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.


Pada istiadat sama, Wan Junaidi turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.

Istiadat pengurniaan turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri serta Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page